Oh! Artis
Siti Nordiana terkejut wajahnya disalah guna dalam foto AI tidak senonoh yang tersebar menerusi TikTok.
Penyanyi Siti Nordiana mengakui terkejut apabila mengetahui wajahnya digunakan dalam sebuah foto suntingan yang dianggap keterlaluan dan mengaibkan.
Lebih mengejutkan, penyanyi berusia 41 tahun itu pada mulanya langsung tidak mengetahui kewujudan gambar berkenaan sebelum dimaklumkan sendiri oleh pengikutnya ketika melakukan siaran langsung di TikTok.
Wajah Siti Nordiana digunakan pada tubuh wanita lain

Saya pun baru tahu semalam. Masa itu saya buat live (siaran langsung). Ada ‘follower’ saya maklumkan fasal orang salahguna muka saya.
Waktu itu saya belum tengok lagi. Bila dah tengok foto suntingan dimaksudkan saya memang terkejut. Imej itu tidak senonoh dan mengaibkan, melampau sangat.- Katanya.
Tidak mahu perkara sama terus berlaku, Siti Nordiana berkata dia sudah membuat laporan terhadap akaun berkenaan kepada pihak TikTok.

Saya dah report kepada TikTok. Saya minta orang ramai bantu beramai-ramai laporkan akaun terbabit. Jangan ada lagi mangsa lain.- Ujarnya.
Foto yang tersebar menunjukkan seorang wanita mengenakan blaus tanpa lengan dan bertudung, namun wajahnya telah digantikan dengan wajah Siti Nordiana.
Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan termasuk Neelofa, Mira Filzah dan Siti Khadijah turut pernah berdepan penyalahgunaan teknologi manipulasi wajah, filter atau deepfake.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

