hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) menganjurkan pertandingan fotografi, fotografi dasar laut dan sinematografi bermula Jun hingga Disember ini.
Pertandingan dikenali sebagai Sultan Mizan International Photography Awards (SMIPA) akan mempertandingkan lima kategori.
Tourism Terengganu dalam kenyataan berkata, lima kategori yang akan dipertandingkan ialah Underwater Wide Angle; Underwater Macro; Nature and Wildlife; Heritage, Culture and People dan filem pendek.
“Pertandingan ini akan mengangkat nama Terengganu sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan keindahan landskap, budaya dan biodiversiti.
“Selain itu melalui pertandingan ini ia boleh dijadikan platform berprestij kepada jurufoto profesional, penyelam dan pembikin filem pendek dari seluruh dunia,” katanya.
Majlis pelancaran pertandingan itu diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini, hari ini yang turut dihadiri Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Brig Jen Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris.
Orang ramai yang berminat boleh menghantar penyertaan secara digital melalui laman web rasmi www.sultanmizanphotography.com.
© New Straits Times Press (M) Bhd




