
Barisan pengurusan, kejurulatihan, pemain SMK Meru saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023.
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, tekad menampilkan tentangan sengit kepada pasukan pilihan SMK Dato’ Harun, apabila kedua-dua berentap dalam perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) 2023 di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada Isnin.
Pengendali pasukan bola sepak B-18 SMK Meru, Muhammad Nazreen Na’im Mohd Zahari berkata, pasukan berpangkalan di Klang itu telah melakukan persiapan rapi dan teliti dari semua segi aspek teknikal serta taktikal bagi edisi 2023 terutamanya berdepan jagoan dari Tanjung Karang tersebut.
Malah kata Muhammad Nazreen, para pemainnya bertekad tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan lawan dalam perlawanan akhir kali ini biarpun SMK Dato’ Harun berstatus finalis tahun lalu dan juara Piala Sumbangsih baru-baru ini.
“Jarak masa seminggu selepas aksi separuh akhir yang kami perolehi ini memberikan peluang yang baik untuk memantapkan lagi pasukan dari segi pertahanan dan serangan.



