Sukarelawan, NGO diminta maklum PKOB, JKM untuk salur bantuan elak pembaziran

Sukarelawan, NGO diminta maklum PKOB, JKM untuk salur bantuan elak pembaziran

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri atau daerah untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, ia bagi mengelakkan lambakan barang dan pembaziran berlaku.

Menurutnya, ada beberapa barangan yang perlu dan tidak perlu untuk sumbangan bantuan kepada mereka yang terjejas bencana itu ketika ini.

Bagaimanapun katanya, selain itu, bantuan bagi pembersihan rumah mangsa banjir juga sangat dialu-alukan.

“Air mineral dan air kotak, pelbagai biskut, kit kebersihan, barangan membersih rumah, lampin pakai buang pelbagai saiz, khemah keluarga, toto dan selimut adalah barangan yang sesuai diberikan.

“Manakala barangan yang tidak perlu adalah pakaian dan pakaian terpakai,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top