
VitaHealth meraikan pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi ‘Jualan Terbanyak Suplemen Berasaskan Kunyit dalam Tempoh Setahun’.
SHAH ALAM – Jenama suplemen kesihatan, VitaHealth diiktiraf Malaysia Book of Records menerusi pencapaian ‘Jualan Terbanyak Suplemen Berasaskan Kunyit dalam Tempoh Setahun’.
Pengiktirafan itu diraikan menerusi penyerahan sijil rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth Malaysia dan Singapura, Dr KS Beh dalam satu majlis yang turut disaksikan duta jenama serta pemain badminton negata, Pearly Tan.
Dr Beh berkata, pencapaian tersebut merupakan hasil perjalanan inovasi selama sedekad bagi siri utama berasaskan kunyit keluaran VitaHealth.
“Ketika Turmercare mula diperkenalkan pada tahun 2014, kesedaran pasaran terhadap manfaat klinikal kunyit masih rendah.
“Kami meluangkan masa bertahun-tahun mendekati masyarakat, mendidik orang ramai dan membina kepercayaan.
“Pengiktirafan ini adalah milik rakyat Malaysia yang memilih untuk mempercayai kami dan ia mengukuhkan komitmen untuk sentiasa mengutamakan kualiti serta keselamatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

(Dari kiri) Pearly Tan dan Dr KS Beh pada majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records bagi “Suplemen Berasaskan Kunyit Terbanyak Dijual dalam Setahun.”
Beliau berkata, VitaHealth kini memperluaskan kepakaran formulasi kunyit kepada siri komprehensif merangkumi lapan suplemen khusus bagi membantu menangani masalah kesihatan harian seperti sakit sendi, lenguh otot, sistem imun lemah serta ketidakselesaan penghadaman.
Tambahnya, produk tersebut sesuai untuk pelbagai gaya hidup dan lapisan umur.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus berinovasi dalam rangkaian siri kunyit dan produk-produk lain supaya lebih ramai dapat kekal aktif, menua dengan sihat dan menjalani kehidupan lebih bermakna,” ujarnya.
VitaHealth yang mempunyai lebih 79 tahun kepakaran turut menawarkan rangkaian suplemen halal yang diperakui Janatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memenuhi pelbagai keperluan kesihatan dan peringkat kehidupan.



