nfazlina@nstp.com.my
Pasir Puteh: Dua wanita warga Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, di sini, pagi hari ini.
Dalam kejadian pada 6.34 pagi itu, dua wanita berusia lingkungan 30-an dan 50-an maut di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan terdapat mangsa tersepit dalam kemalangan berkenaan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian kita dapati kemalangan berlaku membabitkan kenderaan Honda CRV dinaiki enam individu warga Indonesia termasuk seorang lelaki.
“Akibat kejadian itu, dua wanita maut dan empat cedera. Kesemua mangsa adalah bersaudara,” katanya ketika dihubungi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




