Sweet Qismina & Adam Lee kahwin tak nak banyak tajaan -“Kalau ada tu bonus”

Sweet Qismina & Adam Lee kahwin tak nak banyak tajaan -“Kalau ada tu bonus”

Pasangan pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee dijangka bakal melangsungkan pernikahan sekitar sebulan lagi setelah memaklumkan persediaan perkahwinan sudah 80% siap.

Walaupun tidak memberikan tarikh sebenar, namun Sweet menyatakan yang tarikh tersebut sama dengan tarikh mereka bertunang sekitar tahun lalu iaitu pada 24 Oktober 2021.

Menerusi laporan dari Harian Metro, dia dan tunangnya, Adam Lee atau nama sebenar Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee memilih untuk tidak terlalu menerima tajaan kerana itulah mereka tidak mendapatkan khidmat perancang perkahwinan.

“Tajaan itu memang ada, tapi kami cuba buat semuanya sendiri. Kalau boleh, tak mahu terlalu banyak tajaan,” katanya.

Menurutnya, perkahwinan merupakan hal terbesar dalam hidup mereka, jadi mereka memilih untuk menggunakan hasil kerja keras mereka selama ini.

Walau bagaimanapun, pasangan romantis ini menganggap jika ada sebarang tajaan, bermakna ia adalah satu bonus buat mereka.

“Bukan apa, perkahwinan itu adalah perkara terbesar dalam hidup dan kami nak merasa nikmat dari hasil kerja keras kami sendiri.
Kalau ada tajaan pun, kami anggap itu sebagai rezeki dan umpama bonus buat kami,” katanya.

Tambah pelakon drama Bidadari Salju itu lagi, majlis perkahwinan mereka akan dilakukan secara sendiri dan sanak-saudara akan rewang bersama-sama.

Semuanya kami buat sendiri memandangkan yang menguruskan jadual kerja dan peribadi kami adalah ibu saya. Jadi, dia dapat menyusun semuanya dengan terancang. Selain itu, seperti majlis perkahwinan lain, akan diadakan sesi merewang bersama sanak-saudara,” katanya.

Untuk rekod, Sweet dan Adam telah mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun bercinta.

Walaupun masing-masing belum lagi mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahan tersebut, tetapi mereka sempat memaklumkan bahawa  yang majlis akan berlangsung selepas genap setahun pertunangan mereka.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)