Syamel, Ernie bernikah esok

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Pasangan duet, Syamel, 27, dan Ernie Zakri, 28, akan disatukan sebagai pasangan suami isteri esok.

Majlis akad nikah bakal berlangsung di sebuah masjid dan  diadakan secara tertutup pada jam 10 pagi,  lapor BH Online.

Pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31,  mengikat tali pertunangan selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star empat tahun lalu – MalaysiaGazette