“Syawal Tahun Ni Banyak Mengajar Saya”- Kongsi Foto Beraya Dengan Keluarga, Shila Amzah Luah Rasa Syukur

“Syawal Tahun Ni Banyak Mengajar Saya”- Kongsi Foto Beraya Dengan Keluarga, Shila Amzah Luah Rasa Syukur

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.

Sekaligus mendedahkan hubungan bersama ibunya, Fauziah Sarman dan ayahnya kini baik.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story, Shila berkata, syawal tahun ini memberikan banyak pengajaran.

Malah, dia mengakui amat  menghargai orang-orang yang sentiasa ada bersamanya tidak kiralah susah mahupun senang.

“Tahun ini syawal banyak mengajar saya. Dan, saya hanya akan menghargai orang-orang oenting yang sentiasa bersama dengan saya.

“Dan kepada anda, terima kasih kepada setiap pengajaran yang diberikan. Itu hanya akan membuatkan saya berusaha untuk menjadi lebih baik, isteri, anak, kakak dan ibu. Sekoga kita tak berjumpa lagi,” kongsinya.

Dalam perkongsian berlainan pula, pelantun lagu Patah Seribu itu turut berkongsi foto ayahnya yang juga penyanyi, ND Lala beserta ucapan ulang tahun kelahiran penyanyi itu.

“Happy birthday, dad,” tulisnya ringkas.

Scroll to Top