Oh! Negara
Syed Saddiq luah rasa kehilangan selepas pemergian Tun Dr Siti Hasmah, kenang pertemuan terakhir penuh bermakna.
Tiada siapa menyangka pertemuan yang dipenuhi gelak tawa, gurauan dan nasihat itu akhirnya menjadi kenangan terakhir buat Syed Saddiq bersama Tun Dr Siti Hasmah.
Menerusi satu perkongsian, Syed Saddiq meluahkan rasa hiba selepas pemergian Allahyarhamah sambil mengenang kembali sekitar dua jam yang diluangkan bersama Tun Dr Siti Hasmah dan Bella Astillah.
Pertemuan terakhir Syed Saddiq, Bella Astillah bersama Tun Dr Siti Hasmah

Menurut Syed Saddiq, sepanjang pertemuan itu, Tun Dr Siti Hasmah banyak berkongsi cerita dan nasihat berkaitan perkahwinan, keluarga serta kehidupan.
Momen berkenaan kini cukup dekat di hatinya kerana ketika itu langsung tidak terlintas bahawa ia merupakan pertemuan terakhir mereka.
There was nothing about that day that felt like goodbye. Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir kita, I would have wished for those two hours to last forever.- Tulisnya.
Syed Saddiq turut menggambarkan Tun Dr Siti Hasmah sebagai seorang yang baik, lucu, mesra dan penuh dengan kebijaksanaan hasil pengalaman hidup yang panjang.
Nasihat Tun Dr Siti Hasmah dibawa ke alam perkahwinan
Apa yang lebih menyentuh hati, Syed Saddiq berkata dia dan Bella tidak sempat memenuhi hasrat Tun Dr Siti Hasmah untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka.
Namun, nasihat yang diberikan Allahyarhamah akan terus dibawa bersama apabila mereka membina rumah tangga kelak.
Saddiq & Bella tak dapat memenuhi hajat Tun untuk hadir ke majlis perkahwinan kami nanti, but I promise you Tun your advice will.- Tulisnya.
Syed Saddiq turut berterima kasih atas setiap gelak tawa, cerita dan pesanan yang sempat dikongsikan bersama mereka sebelum mengakhiri luahan dengan doa agar Allahyarhamah ditempatkan di kedudukan tertinggi di syurga.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




