Bayern Munich tak goyang di Kiev

BAYERN Munich yang kehilangan separuh para pemain kerana menjalani kuarantin Covid-19 meneruskan momentum positif saingan Liga Juara-Juara apabila mengatasi Dynamo Kiev 2-1 dalam perlawanan Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara di Kiev. Dua gol hasil jaringan daripada Robert Lewandowski (14′) dan Kingsley Coman (42′) sudah cukup membolehkan gergasi Bundesliga itu mengekalkan status pendahulu kumpulan dengan berbaki … Read more

PN goyang, 500 dakwa ahli Bersatu keluar parti – Utusan Digital

MELAKA: Kedudukan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka goyang apabila 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di empat pusat daerah mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di sini mengisytiharkan keluar parti serta-merta. Mereka terdiri daripada ahli-ahli di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu. Menurut … Read more

Piala Thomas: Jangan pernah goyang berentap pemain ranking tinggi

KEJUARAAN Piala Thomas yang sedang berlangsung di Denmark harus menjadi pentas utama untuk pemain muda menampilkan kemampuan masing-masing menentang pemain di ranking yang lebih tinggi. Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata, para pemain muda negara juga tidak perlu takut dan sentiasa berfikiran positif untuk cuba memberikan saingan dalam kejohanan kali ini. “Perkara pertama pemain … Read more

Perak FC tak goyang tanpa feeder club

KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membubarkan pasukan berstatus kelab pembangunan (feeder club) disifatkan akan memberikan lebih ruang kepada Perak FC memperkasakan produk daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia. Menurut Naib Presiden II PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin, tindakan itu merupakan pendekatan terbaik dalam usaha memulihkan kembali program pembangunan kedua-dua entiti tersebut yang sebelum … Read more

Saya tak goyang kaki harap bantuan kerajaan – Mila

KUALA LUMPUR – Nama penyanyi Mila Jirin kembali menjadi sebutan gara-gara video  dia menangis sebaik  mendengar perkhabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri. Juara program Akademi Fantasia berusia 33 tahun  menerima kecaman oleh beberapa pihak terutamanya netizen kerana dianggap keterlaluan memuatnaik video menangis itu di media sosial. Penyanyi lagu Persis Mutiara itu  … Read more

Disaman Diva AA RM5 juta, Che Ta tak goyang, mahu ikut saluran undang-undang

Berdepan saman sebanyak RM5 juta oleh Azwan Ali, hari ini Che Ta dilihat memberi keterangan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selama lebih 3 jam bagi melancarkan siasatan. Pelakon yang menghampiri usia 50 tahun itu dilihat hadir ke balai polis tengah hari tadi bersama pasangan Zain Saidin serta pengurusnya, Afeeq. Hanya memberi komen ringkas selepas … Read more

Tidak goyang berdepan Brazil

PENJAGA gol Argentina, Emiliano Martinez mengakui keterujaannya untuk beraksi menentang penyandang juara Brazil dalam perlawanan akhir Copa America 2021 di Stadium Maracana hujung minggu ini. Malah menurut Martinez yang kini bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa, satu penghormatan menjadi sebahagian daripada skuad La Albiceleste dalam membawa cabaran sebagai benteng terakhir pasukan dalam perlawanan … Read more

Hafizan tak goyang bersaing dengan senior

PENYERANG muda Kelantan FC yang baru dinaikkan ‘pangkat’ Hafizan Ghazali sedar saingan sengit yang harus diharunginya untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad. Bagaimanapun, pemain kelahiran Tumpat itu yakin memiliki kelebihan untuk diturunkan bersama pemain senior. Sebelum ini, Hafizan, 19, beraksi bersama pasukan bawah 21 tahun Kelantan FC dipanggil untuk menguatkan barisan serangan skuad kendalian … Read more

Penat tapi tetap tak goyang

Kuala Lumpur: “Kepenatan mental dan fizikal dialami ratusan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sejak pandemik Covid-19 menyerang negara Mac tahun lalu berat digambarkan. Namun ratusan ‘wira’ barisan hadapan ini tidak goyang,” ujar Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Wilayah Persekutuan, Kolonel (PA) Effendy Ali. © New Straits Times Press (M) Bhd