ISTAF akan perkenal kamera badan kepada pengadil

ISTAF akan perkenal kamera badan kepada pengadil

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) buat julung kali akan memperkenalkan penggunaan kamera badan kepada pengadil bagi memastikan keputusan setiap pertandingan dibuat dengan telus dan tiada berat sebelah. Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, langkah itu juga adalah untuk menunjukkan bahawa pengadil yang diberi tanggungjawab mengadili setiap kejohanan melaksanakan tugas mereka dengan berintegriti. “Kita … Read more

PSM mahu kembali ke pangkuan Istaf

PSM mahu kembali ke pangkuan Istaf

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menghantar permohonan untuk menyertai semula Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dalam minggu ini. Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh berkata, badan induk sepak takraw itu sedang dalam proses mengumpul beberapa dokumen yang diperlukan badan induk sepak takraw antarabangsa tersebut. “Ya, PSM sedia maklum mengenai keahlian dalam Istaf untuk membolehkan … Read more

ISTAF terima pembatalan pendaftaran MASTAF

ISTAF terima pembatalan pendaftaran MASTAF

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) mengesahkan telah menerima surat pembatalan pendaftaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) selaku badan induk kebangsaan. Setiausaha Agungnya, Datuk Abdul Halim Kader berkata, ISTAF akan menyemak semula dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), mengenai surat pembatalan yang dikeluarkan pada 31 Januari lepas. “Setiausaha Agung MASTAF, Dr Noor Azam Samsudin … Read more

Kuadran Malaysia gagal ke final Piala Dunia ISTAF

Kuadran Malaysia gagal ke final Piala Dunia ISTAF

Skuad sepak takraw lelaki negara. IMPIAN mengunung skuad sepak takraw lelaki negara melangkah jauh di Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022 di Korea Selatan tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi separuh akhir acara kuadran, pada Isnin. Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Daejon Hanbat di Daejeon itu, gandingan Haziq Hairul Nizam, … Read more

Piala Dunia ISTAF: Malaysia jumpa Thailand di final

Piala Dunia ISTAF: Malaysia jumpa Thailand di final

Malaysia membenam cabaran tuan rumah, Korea Selatan 21-10, 21-15 pada aksi separuh akhir Piala Dunia ISTAF 2022. – Foto Facebook MASTAF SKUAD sepak takraw lelaki negara melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022, selepas membenam cabaran tuan rumah, Korea Selatan pada aksi separuh akhir pada Ahad. Pada pertembungan yang berlangsung di … Read more

Suhaili dilantik Naib Presiden ISTAF

Suhaili dilantik Naib Presiden ISTAF

PRESIDEN Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF), Datuk Suhaili Abdul Rahman dipilih sebagai Naib Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) pada kongres pemilihan badan induk itu di Bangkok, Thailand pada Sabtu. Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, Suhaili adalah antara seorang daripada lapan individu yang turut dipilih bagi menyandang jawatan berkenaan. “Pemilihan Suhaili secara tidak langsung … Read more

ISTAF beri ahli gabungan kebebasan

ISTAF beri ahli gabungan kebebasan

AHLI gabungan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di setiap negara berhak memilih sama ada untuk menyertai acara campuran atau tidak pada Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand Ke-35 yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 31 Julai depan. Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Kader berkata, beliau tidak akan mempertikaikan sebarang isu batasan agama yang ditimbulkan oleh seorang ahli … Read more

ISTAF perkenal regu campuran 1 lelaki, 2 wanita

ISTAF perkenal regu campuran 1 lelaki, 2 wanita

HANOI – Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menetapkan acara baharu campuran akan melibatkan seorang pemain lelaki dan dua pemain wanita bagi antara regu manakala jantina dua pemain simpanan acara itu bergantung kepada strategi jurulatih masing-masing Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata, acara baharu campuran antara regu itu akan diperkenalkan pada Kejohanan Dunia Piala … Read more

Pengadil ISTAF, ASTAF di bawah MSC berkuat kuasa serta-merta

Pengadil ISTAF, ASTAF di bawah MSC berkuat kuasa serta-merta

SERAMAI 31 pengadil Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) yang sebelum ini bernaung di bawah Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), kini secara automatik bersama Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) berkuat kuasa serta-merta selepas entiti baharu itu diterima sebagai ahli gabungan kedua-dua badan tersebut. Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halem Kadir ketika … Read more