Isu stoking tertera kalimah Allah: KK Mart Supermart saman syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd

Isu stoking tertera kalimah Allah: KK Mart Supermart saman syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd

KUALA LUMPUR – KK Supermart & Superstore Sdn Bhd hari ini memfailkan saman terhadap syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dan Pengarahnya, Soh Chin Huat atas dakwaan melanggar perjanjian serta mensabotaj rangkaian kedai serbaneka itu berhubung pembekalan stoking tertera kalimah ‘Allah’ tanpa pengetahuannya. KK Supermart selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan David Gurupatham & … Read more

KK Supermart saman pengedar stoking kalimah Allah

KK Supermart saman pengedar stoking kalimah Allah

SHAH ALAM: Kedai serbaneka, KK Supermart dan Superstore Sdn. Bhd (KK Supermart) telah memfailkan saman terhadap kilang yang mengedar stoking kontroversi ‘Allah’ dan pengarahnya bagi dakwaan melanggar kontrak serta sabotaj. Saman tersebut difailkan kedai serbaneka tersebut selaku plaintif melalui firma guaman, Tetuan David Gurupatham & Koay di Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi. Plaintif menamakan… … Read more

UMNO Perak mahu tindakan keras pihak bersalah isu stoking kalimah Allah

UMNO Perak mahu tindakan keras pihak bersalah isu stoking kalimah Allah

IPOH: Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak mendesak agar polemik penjualan stoking bertulis kalimah Allah dihentikan segera dengan mengenakan tindakan keras terhadap pihak yang bersalah. Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia sebagai pengajaran yang berguna buat semua rakyat Malaysia supaya lebih peka dan berwaspada dalam isu sensitif terutama melibatkan agama. “Kalimah Allah merupakan kalimah yang… … Read more

Polis Melaka terima 16 laporan isu stoking kalimah Allah

Polis Melaka terima 16 laporan isu stoking kalimah Allah

MELAKA – Polis Melaka menerima 16 laporan polis berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka 24 jam, KK Mart yang tular baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Zainol Samah berkata, sebanyak 15 laporan dibuat orang awam manakala satu diterima daripada Exco Kerajaan Negeri. “Semua laporan di siasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman … Read more

Lelaki hina kalimah Allah akui cuma nak jadi ‘keyboard warrior’

Lelaki hina kalimah Allah akui cuma nak jadi ‘keyboard warrior’

Lelaki hina kalimah Allah akui dirinya hanya ingin menjadi keyboard warrior apabila memuat naik hantaran jelik susulan isu stoking yang memaparkan kalimah berkenaan tempoh hari. Mengaku bersalah buat hantaran jelik Memetik laporan dari Harian Metro, tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin, hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran … Read more

Isu stoking kalimah Allah: Lelaki tulis komen hina Islam sudah ditahan polis

Isu stoking kalimah Allah: Lelaki tulis komen hina Islam sudah ditahan polis

Lelaki tulis komen hina Islam di Facebook susulan isu stoking kalimah Allah telah ditahan pihak polis di sekitar kawasan dekat Cheras pada Rabu, 20 Mac 2024. Komen isu stoking kalimah Allah Memetik laporan dari Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan yang  pemilik akaun Facebook dikenali  Chiok … Read more

Stoking kalimah Allah: YADIM saran orang ramai besar, tunggu keputusan siasatan PDRM

Stoking kalimah Allah: YADIM saran orang ramai besar, tunggu keputusan siasatan PDRM

KOTA BHARU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyarankan orang ramai supaya bersabar dan menunggu keputusan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu penjualan stoking bercetak kalimah Allah di premis KK Mart. Ketua Pegawai Eksekutifnya Zamri Zainal Abidin berkata, pendekatan sebegitu adalah sangat penting demi menjaga keharmonian hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. … Read more

MPBP batalkan lesen perniagaan kilang stoking kalimah Allah

MPBP batalkan lesen perniagaan kilang stoking kalimah Allah

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) batalkan lesen perniagaan syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd (Xin Jian Chang) yang terpalit dengan kontroversi pengedaran stoking kalimah Allah. Menerusi kenyataan yang dimuat naik oleh MPBP di laman Facebook rasmi mereka, pihaknya telah menyerahkan notis pembatalan lesen berkenaan kepada pengarah urusan syarikat terbabit Xin Jian Chang, Soh Hui San. … Read more

Stoking kalimah Allah: Johor tubuh Jawatankuasa Bertindak Bersepadu Negeri esok

Stoking kalimah Allah: Johor tubuh Jawatankuasa Bertindak Bersepadu Negeri esok

farid_noh@bh.com.my Johor Bahru: Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersepadu Negeri berkuatkuasa esok, berikutan kontroversi stoking tertera kalimah Allah. Susulan itu, satu garis panduan khas akan dirangka esok bagi menggariskan bagaimana perniagaan di negeri ini perlu dijalankan dalam suasana mesra agama serta tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd … Read more

Kilang pengedar stoking kalimah Allah tutup operasi

Kilang pengedar stoking kalimah Allah tutup operasi

Kilang yang terlibat dalam isu pengedaran stoking tertera kalimah Allah dilaporkan sudah tutup operasi selepas diserbu pihak berkuasa, semalam. Difahamkan, kilang  di kawasan perindustrian Sri Gading telah meletakkan notis yang ditampal di pintu utama dengan menggunakan sehelai kain rentang berwarna putih. Keputusan penutupan kilang itu dipercayai untuk meredakan keadaan yang berlaku pada ketika ini dan … Read more