Skuad terjun negara tiada pelapis ampuh – Penganalisis sukan

Skuad terjun negara tiada pelapis ampuh – Penganalisis sukan

Datuk Pandelela Rinong. Foto Bernama KEGAGALAN skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menunjukkan ketiadaan pelapis yang ‘ampuh’ bagi sukan itu. Penganalisis sukan, Mohd Sadek Mustafa berkata, hal ini berkait rapat dengan kesilapan percaturan Persekutuan Renang Malaysia (MS) yang gagal menjelmakan kesinambungan kejayaan skuad … Read more

City Warriors FC latih pelapis masa depan bola sepak

City Warriors FC latih pelapis masa depan bola sepak

PEMAIN tersohor seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi mahupun Mohamed Salah diasah serta dilatih dengan kemahiran bola sepak sejak kanak-kanak lagi. Mengambil iktibar daripada sejarah hidup pemain pemain ternama itu, City Warriors Football Club (CWFC) menjadikannya formula untuk program pembangunan bola sepak kelab tersebut. Malah, CWFC yang dipengerusikan Mohd Khairul Ridzuan Razali itu komited untuk melahirkan … Read more

KBS hantar permohonan bajet RM3.9 juta buat pelapis hoki 5s

KBS hantar permohonan bajet RM3.9 juta buat pelapis hoki 5s

[DIKEMAS KINI] KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) telah menghantar permohonan peruntukan RM3.9 juta kepada Kementerian Kewangan (MOF) semalam bagi program latihan dan pembangunan sukan hoki lima sebelah (5s) untuk tempoh lima tahun mulai tahun ini. Menterinya, Hannah Yeoh berkata, peruntukan itu juga akan digunakan untuk persediaan pasukan negara ke Piala Dunia Hoki 5s pada 2028. … Read more

PSM kenal pasti pelapis baharu skuad B negara

PSM kenal pasti pelapis baharu skuad B negara

Sumali (kanan) dan Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din (tengah) bergambar bersama pemain terbaik Kejohanan Piala Emas Khir Johari pada Sabtu. PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) berjaya mengenal pasti 24 pemain bakat baharu berusia bawah 21 tahun pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari edisi ke-57 … Read more

Sukan Sea: Atlet pelapis jadi sandaran skuad terjun

Sukan Sea: Atlet pelapis jadi sandaran skuad terjun

KUALA LUMPUR – Skuad terjun negara menurunkan pasukan atlet pelapis dalam memburu kilauan pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja yang akan membuka tirai awal bulan depan. Pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lalu, skuad terjun menyapu bersih kesemua lapan pingat emas, tiga perak dan satu gangsa. Pada temasya kali ini, Malaysia mempertaruhkan … Read more

Daikin bantu cungkil pelapis badminton negara

Daikin bantu cungkil pelapis badminton negara

Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2023 yang sedang berlangsung di Pusat Badminton Sunsuria-Pioneere di Kota Damansara berjaya menarik 1,500 penyertaan. KEJOHANAN Badminton Antarabangsa Daikin 2023 yang berlangsung bermula Isnin hingga Khamis ini berjaya menarik 1,500 penyertaan dalam kalangan peserta pelbagai lapisan umur. Pengarah Urusan Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd, Lawrence Song Yew Beng berkata, … Read more

KBS bantu cungkil bakat pelapis catur

KBS bantu cungkil bakat pelapis catur

Hannah selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Catur Kebangsaan Peringkat Sekolah di Pusat Latihan Agro Bank pada Ahad. KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan geran berjumlah RM30,000 kepada Persekutuan Catur Malaysia (MCF) untuk terus menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu yang mampu menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa. Menterinya, Hannah … Read more