Tahniah! Bersalin bayi lelaki, Ayu Raudhah timang anak keenam

Tahniah! Bersalin bayi lelaki, Ayu Raudhah timang anak keenam

Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata keenam di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar jam 2.25 petang tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh suaminya, Zaquan Adha menerusi satu hantaran yang dimuat naik di InstaStory beberapa jam lalu.

Menerusi perkongsian itu, Zaquan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) meluahkan kesyukuran atas kelahiran bayi lelaki tersebut selain mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa.

“Alhamdulillah… isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.25 petang. Terima kasih atas doa semua,” tulisnya.

Namun begitu, dia belum mendedahkan wajah zuriat tercinta kepada umum sebaliknya hanya berkongsi beberapa hantaran sepanjang isterinya menunggu detik untuk bersalin.

Untuk rekod, Ayu yang juga adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 serta dikurniakan lima cahaya mata.

Mereka adalah Muhammad Aisy Qaiser, 10, Muhammad Aisy Aryann, 9, Laura Zuleykha, 6, Muhammad Aisy Khaliq, 4, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 2.

Sumber: Instagram Zaquan Adha