Sebut sahaja mengenai sukan atau aktiviti lasak, pasti ada di kalangan kita terbayang akan aksi lagak ngeri seperti melakukan bungee jumping yang dikongsikan baru-baru ini oleh pengguna TikTok, Eefa.
@_eefa Kalau diberi peluang korang berani tak?
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh gadis itu, dilihat dia sedang memegang tripod untuk merakam momen-momen ketika terjun sambil diperhatikan staf dan orang ramai di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Namun begitu, tindakan gadis tersebut dilihat tidak memakai helmet keselamatan semasa melakukan aktiviti tersebut menjadi persoalan oleh salah seorang pengguna di laman TikTok. 
Tidak kurang juga ada yang mengatakan jika tiada helmet keselamatan pun bakal mengundang risiko sekiranya tali tersebut putus.

Tidak kisahlah jika disediakan alat keselamatan sekalipun, ramai netizen mengatakan tidak berani untuk melakukan aktiviti lasak tersebut meski diberikan ganjaran.
Ini kerana ada netizen mengatakan aktiviti tersebut dilarang sama sekali dilakukan kerana ianya memudaratkan diri.

Apa2 pun, tidak kisahlah jika hendak bersukan, asalkan keselamatan diri dijaga dan tidak menyusahkan orang di sekeliling kita.
Sumber: TikTok @_eefa


