Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman sememangnya terkenal dengan mencipta gimik murahan demi menarik perhatian netizen.
Setiap video yang dikongsikan oleh beliau pastinya bakal mengundang kontroversi, termasuklah perkongsian di laman Instagram miliknya semalam.
Menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan berusia 36 tahun itu, dilihat Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila salah sebuah bilik di kediaman mewahnya itu dikatakan telah terbakar.
Tambah Aliff, pada ketika itu beliau sedang berada di dalam tandas dan hanya menyedari insiden tersebut sebaik sahaja dimaklumkan oleh pekerjanya.
“Waktu tu ada kebakaran.. orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit. Saya lari lintang-pukang” katanya.
Beliau turut mengatakan bahawa ia merupakan pengalaman yang amat menakutkan baginya.
Tambahnya lagi, oleh kerana terlampau ketakutan, beliau yang pada masa kejadian sedang membuang air besar terpaksa berlari menyelamatkan diri sehinga terlupa untuk ‘mencuci berak’.

“Asap sampai naik ke atas semasa saya sedang berak (buang air besar) sehinggakan saya tidak sempat nak cuci…”
Namun, menjengah ke ruangan komen perkongsian video itu, terdapat netizen mengatakan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu dilihat masih sempat merakam seolah-olah ia bukanlah sesuatu yang serius.
Tidak kurang juga ada netizen yang mengatakan keluarga itu hanya berlakon sahaja seperti mana yang umum sedia tahu usahawan ini terkenal dengan publisiti murahan sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat netizen mengatakan reaksi ahli keluarganya seperti dibuat-buat dan tidak menggambarkan seperti benar-benar berhadapan dengan situasi kecemasan.



Pada masa yang sama, terdapat netizen dilihat mengambil kesempatan dan tidak melepaskan peluang untuk membahan usahawan kosmetik itu.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
