Taktik Licik Sembunyi Dadah Dalam Coklat Terbongkar Di Kelantan | Oh! Tidak – Oh! Media

Taktik Licik Sembunyi Dadah Dalam Coklat Terbongkar Di Kelantan | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Sindiket dadah di Kelantan tumpas! Guna kurier edar ke pasaran tempatan.


Sindiket pengedaran dadah di Kelantan sekali lagi terbongkar selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan.

Lapor Sinar Harian, kali ini sindiket dadah menggunakan taktik menyembunyikan barang terlarang dalam bungkusan jenama coklat terkenal.

Selepas itu, perkhidmatan kurier digunakan bagi menghantar bahan terlarang itu ke pasaran tempatan.

Dadah disorok dalam plastik jenama coklat terkenal

Sinar Harian Dadah
Foto Sinar Harian Hazelen Liana Kamarudin

JKDM Kelantan berjaya membongkar kegiatan haram tersebut menerusi serbuan yang dilakukan pada 15 Julai lalu, sekitar jam 4 petang di sebuah premis kurier di Pengkalan Chepa.

Menurut Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, pihaknya menemui 14 kotak pelbagai saiz dalam plastik berdaftar milik syarikat kurier yang disyaki mengandungi pelbagai jenis dadah.

Jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM201,781.50, terdiri daripada 26.05 kg ketulan mampat ganja, 1.10 kg bunga ganja, 10 biji pil kuda, 0.11 kg ketamin dan 0.004 kg MDMA HCl.

Ujar beliau, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pssttt! Macam-macam cara digunakan sindiket untuk edar dadah sekarang ni. Mujur pihak kastam cepat bertindak. Terbaik Kelantan!

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top