Takut kampung ditimpa musibah, wanita bersuami dua ‘dihambat’ keluar

Takut kampung ditimpa musibah, wanita bersuami dua ‘dihambat’ keluar

Umum mengetahui hukum bagi seseorang wanita mengahwini lebih dari seorang suami adalah haram dan dimurkai oleh Allah S.W.T.

Pun begitu, baru-baru ini kecoh di media sosial terdapat seorang wanita mempunyai dua orang suami dalam satu masa dan dipercayai tinggal bersedudukan bersama.

Ini dapat menerusi video tular di laman TikTok yang memaparkan seorang wanita bersama dua orang lelaki dan anak-anak mereka dihalau keluar oleh penduduk kampung.

Insiden itu dipercayai berlaku di salah sebuah perkampung di Indonesia.

@risnamemble03

#goriau#riauincom #kuansingkotajalur #viraltiktok #fyp #kukiracuputernyatasuhu🔥 #detikcom #viral2022viralvideo🔥😘🔥

♬ Astaghfirullah – Opick

Difahamkan, tindakan yang dilakukan oleh mereka dikatakan tidak mahu bersubahat dengan perbuatan. Ini kerana seseorang wanita tidak dibenarkan dalam agama untuk mengahwini dua orang lelaki.

Dan, sebagai penduduk yang sedia maklum dengan tuntutan agama itu, tindakan menghalau adalah tidak keterlaluan.

Perkongsian video itu telah menerima pujian di kalangan warganet kerana penduduk kampung tidak mahu bersubahat dengan perbuatan yang sememangnya melanggar batas agama.

Akan tetapi, tindakan  yang dilakukan oleh penduduk kampung menerima kritikan di kalangan warganet yang rata-ratanya mengatakan perbuatan itu tidak salah.

Sumber: TikTok @risnamemble03

Scroll to Top