harisfadli@hmetro.com.my
Sungai Buloh: Kolam takungan air di Taman Seri Alam di sini, yang menjalani proses baik pulih akibat pecah baru-baru ini dilaporkan melimpah susulan hujan lebat pagi tadi.
Difahamkan air melimpah keluar melalui bahagian yang sedang dalam proses baik pulih susulan insiden tebing kolam berkenaan yang runtuh 29 Disember lalu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Saya mendapat makluman daripada penduduk Taman Seri Alam bahawa kolam tadahan air Hillpark pecah semula seawal jam 5.30 pagi tadi,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, kolam takungan berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Utama, di sini, pecah menyebabkan limpahan air menenggelamkan kawasan perumahan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




