Penampilan pelakon Amelia Henderson ketika hadir pada majlis Kuala Lumpur Fashion Award (KLFA) yang diadakan baru-baru ini mencuri tumpuan.
Menerusi sepotong video pendek yang tular di TikTok, Amelia kelihatan tampil mengenakan gaun berona hitam rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam dimana bahagian perut dan dadanya terdedah sekaligus menerima respons kurang enak dalam kalangan netizen.
Walaupun ramai yang mengakui kecantikan yang dimiliki Amelia, namun rata-rata warganet berpendapat bahawa dia seharusnya menghormati budaya di Malaysia.
Bahkan, ramai yang menyeru agar mana-mana selebriti atau pihak tertentu tidak menormalisasikan pakaian seksi di Malaysia.





Setakar atikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telahpun meraih lebih 100,000 tontonan dengan menerima lebih 2,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.




