
Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan halangan pasangan India, Dhruv Kapila–Tanisha Crasto untuk perebutan ke separuh akhir terbuka Singapura 2026. – Agensi
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei menebus kekecewaan lalu apabila menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim Jae Hyeon–Jang Ha Jeong pada Khamis untuk mara ke suku akhir Terbuka Singapura 2026.
Kemenangan itu juga dianggap penting buat Tang Jie-Ee Wei selepas mereka menerima kecaman susulan aksi hambar pada suku akhir Masters Malaysia minggu lalu.
Pasangan juara dunia itu mengambil masa 40 minit untuk mencatat kemenangan straight set 22-20, 21-14 dalam aksi yang cukup sengit di Stadium Tertutup Singapura sebelum mengesahkan kemaraan mereka ke kelompok lapan terbaik.
Kejayaan tersebut lebih bermakna buat Tang Jie–Ee Wei memandangkan ia hadir selepas mereka tewas mengejut kepada pasangan sama dalam saingan Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China bulan lalu.
Ketika itu, Jae Hyeon–Ha Jeong mencuri tumpuan apabila muncul juara kejohanan, namun kali ini gandingan negara tampil lebih bersedia untuk menutup ruang kebangkitan lawan.
Menanti Tang Jie–Ee Wei untuk perebutan ke separuh akhir esok ialah gandingan India, Dhruv Kapila–Tanisha Crasto.



