Tang Jie-Ee Wei (kiri) ketika menentang Yan Zhe-Dong Ping dalam aksi separuh akhir Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil, pada Sabtu.
BAGAI serba tidak menjadi buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila impian final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 terlepas daripada genggaman.
Pasangan nombor lima dunia itu tumpas kepada gandingan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam saingan sengit pada kejohanan berstatus Super 1000 tersebut sebentar tadi.
Gegak gempita di Axiata Arena, Bukit Jalil merancakkan lagi saingan kedua-dua pasangan, namun gagal membantu Tan Jie-Ee Wei apabila tewas set pertama 19-21.
Biarpun bermula baik pada permainan kedua, namun kesilapan di jaring memerangkap pasangan negara.
Kesempatan tersebut membuka ruang buat pasangan nombor satu China itu untuk mengutip mata sebelum mengesahkan kemenangan 21-14 dalam tempoh 50 minit.
Dalam aksi final pada Ahad, Yan Zhe-Dong Ping akan berdepan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.
Pasangan Thailand itu mara ke final selepas mengalahkan gandingan Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-17, 12-21, 16-21.