Tendang kerusi penumpang lain, Aisar Khaled mohon maaf -“Saya tak sedar, betul-betul burnout..”

Tendang kerusi penumpang lain, Aisar Khaled mohon maaf -“Saya tak sedar, betul-betul burnout..”

Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled tampil memohon maaf susulan tindakannya yang didakwa mengganggu keselesaan penumpang lain ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di Threads, Aisar mengakui berada dalam keadaan terlalu penat dan mengalami tekanan melampau sehingga gagal mengawal tindakannya sebaik pesawat berlepas.

“Saya nak minta maaf atas tindakan tidak sepatutnya yang saya lakukan ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia.
“Sejujurnya, saya sangat penat dan mengalami tekanan yang melampau sehingga hilang kawalan sebaik sahaja pesawat berlepas.
“Saya tidak akan lagi ulang perkara yang sama pada masa akan akan datang.
“Maaf atas segala kesulitan yang telah saya timbulkan,” katanya.

Dalam pada itu, Aisar turut berjanji kejadian berkenaan tidak akan berulang dan menzahirkan rasa kesal atas segala kesulitan yang ditimbulkan.

Terdahulu, seorang individu warga Indonesia berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila mendakwa Aisar mengganggu keselesaan penumpang lain sepanjang penerbangan.

Menurut individu berkenaan, kaki Aisar didakwa memasuki ruang tempat duduknya sebaik pesawat berlepas sehingga beberapa kali terkena kerusinya.

Malah, dia turut mendakwa segala teguran yang diberikan tidak diendahkan dan perkara sama berulang beberapa kali sepanjang perjalanan.

Scroll to Top