
AS mengerahkan USS Chief dari perairan Asia Tenggara untuk menyertai misi mengesan alat letupan atau periuk api yang dipasang Teheran berhampiran Selat Hormuz. – Foto Agensi
WASHINGTON – Seorang kelasi kapal tentera Amerika Syarikat (AS) yang dalam perjalanan ke Selat Hormuz terpaksa dipindahkan ke pangkalannya selepas diserang monyet ketika dia singgah di Phuket, Thailand.
Menurut Tentera Laut AS, misi USS Chief itu bagaimanapun diteruskan seperti yang dijadualkan.
“Perkara pelik berlaku. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Mangsa yang terlibat ialah juruteknik elektronik kami,” kata jurucakapnya.
Difahamkan, kelasi itu telah dipindahkan ke Sasebo, Jepun untuk mendapatkan rawatan susulan.
Pada pertengahan April, AS mengerahkan USS Pioneer dan USS Chief dari perairan Asia Tenggara untuk menyertai misi mengesan alat letupan atau periuk api yang dipasang Teheran berhampiran Selat Hormuz. – Agensi


