Penyanyi wanita popular meluahkan rasa marah dan kecewa apabila wajahnya disunting secara tidak senonoh oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Enggan berdiam diri, dia menegaskan bahawa dirinya akan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini.
Memang melampau betul orang-orang ni. Nak cakap lebih-lebih nanti kita pula nampak jahat.
Penyanyi wanita bakal buat laporan polis

Tidak mahu perkara ini berlanjutan, penyanyi itu bercadang untuk membuat laporan polis bagi menuntut keadilan.
Saya nak ke balai polis. Perkara ni dah semakin tak terkawal dan betul-betul buat saya marah.
Dia juga menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan dengan gambar yang telah disunting itu.
Lagi satu, kenapa pula saya nak berb*gel?
Netizen desak dirinya ambil tindakan undang-undang

Perkara ini dikongsikan menerusi Instagram miliknya dan ramai netizen menyuarakan rasa simpati serta menyokong tindakan saman terhadap individu yang terlibat.
Mereka berpendapat tindakan tegas harus diambil bagi menghentikan penyebaran fitnah terhadap selebriti dan orang awam.
#ApaKataOhmedia
Jangan sewenang-wenangnya menyunting gambar orang lain untuk tujuan buruk! Fitnah sebegini bukan sahaja menjatuhkan maruah, tetapi juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.





