Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa kecewa dengan tindakan bekas suaminya, Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat untuk selesaikan kemelut kes rujuk.
Memetik mStar Online, Adira berkata bekas suaminya meminta bayaran sebanyak Rm100,000 syarat untuk batalkan kes rujuk di mahkamah.
BACA: Adira Dedah Datuk Red Letak Syarat Untuk Batal Kes Rujuk, Minta Bayar RM100,000
Sementara itu, Adira menyifatkan syarat berkenaan tidak wajar apatah lagi dia bekerja keras untuk menyara keluarga serta mempersoalkan bekas suaminya sanggup membuat tuntutan berkenaan.
“Syaratnya adalah untuk gugurkan saman sivil saya terhadap dia iaitu berkaitan tuntutan hutang. Dan juga, dia nak saya bagi dia RM100,000 untuk batalkan kes rujuk ini.
“Itu adalah antara syarat yang dia bagi kepada saya. Tapi malangnya, saya tidak bersetuju sebab saya kerja pagi petang siang malam, ada tanggungan dekat rumah dan saya juga tidak pernah menyusahkan dia.
“Tergamaklah dia? Sanggup dia bagi tuntutan macam itu terhadap bekas isteri dia. Tuntutan dekat saya itu memang tak patutlah,” katanya.
Dalam pada itu, Adira berkata selama ini dia berdiam diri serta tidak mengeluarkan kenyataan namun tidak bermakna dia hanya akan biarkan dirinya dipijak.
“Saya tak minta apa-apa sampai sekarang dan saya tak pernah berbunyi pun. Kalau apa-apa pun saya tak pernah keluarkan sehinggalah hari ini.
“Takkanlah saya nak diam saja kan orang dah pijak-pihak macam tu kan. Bagilah saya bercakap sekali tapi benda yang sepatutnya saja saya cakap, yang perlu saja,” katanya.
Sumber: mStar Online




