Oh! Arena
Aliff Rakib bawa pulang belt ONE Championship ke Malaysia selepas tewaskan Sam-A di Bangkok.
Petarung Muay Thai negara, Aliff Rakib meluahkan rasa syukur apabila berjaya membawa pulang tali pinggang kejuaraan ONE Championship ke tanah air.
Luahan itu dikongsi Aliff menerusi hantaran di Facebook selepas menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand.
Kemenangan terbesar buat Malaysia
Aliff turut berterima kasih di atas sokongan serta doa seluruh rakyat Malaysia sehingga beliau berjaya membawa kemenangan terbesar dan pertama buat Malaysia.
Alhamdulilah orang Malaysia, aku boleh bawa balik belt di tanah Malaysia. Syukur alhamdulilah terima kasih yang mana doakan aku. Terima kasih aku boleh bawa balik belt ke Malaysia. Terima kasih sek mu.
Tidak cukup dengan itu, Aliff turut berkongsi gambar tali pinggang kejuaraan bersama jersi dan seluar pertarungannya.

Kemenangan tersebut nyata menjadi detik bersejarah apabila Aliff dilaporkan menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi gelaran dunia ONE Championship selepas menundukkan Sam-A menerusi KO pada pusingan kelima.
Difahamkan, kejayaan itu turut hadir dengan bonus AS$50,000, bersamaan kira-kira RM204,570
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




