
Wah, bertuahnya Memey! Cantik sangat jambangan bunga duit yang dihias dengan baby breath flower tu. Agaknya berapalah jumlah duit tu, kan?


Apa pun, selamat hari lahir buat Memey Suhaiza yang genap usianya yang ke-36 tahun pada semalam, 25 Mac 2024.


Isteri kepada aktor kacak Norman Hakim ini memuat naik video di Instagram peribadi momen sambutan hari lahirnya bersama team Normey.
“Alhamdulillah syukur. Mummy Dah pun masuk 36 tahun..”
Hijabista tertarik dengan dekorasi sambutan tersebut yang bertemakan warna-warna pastel. Sweet sangat!


Memey turut berterima kasih atas segala ucapan dan doa yang diutuskan kepadanya namun memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas kesemuanya.
“Terima kasih banyak buat semua yang tak putus2 mendoakan & beri ucapan di IG, whatsapp, tiktok & FB. Maaf mummy tak sempat nak balas semua sebab mummy dr mlm smlm live 24 jam dgn team @normey.hq sempena birthday mummy.. ada peluang mummy tido.. lepas tu live lagi haha..Jadi tak fikir sgt pasal birthday..”


Rasa cukup dengan segala nikmat yang ada, Memey turut menitipkan penghargaan buat mereka yang sentiasa ada di sisinya selama ini.
“Alhamdulillah tahun ni tak payah buat apa2 pun.. cukup dah apa yang mummy ada..
tapi ……. terima kasih kesayangan semua yang selalu ada disisi, selalu ambil berat, selalu ada.”


Tak ketinggalan ucapan buat suami, anak-anak, keluarga serta sahabat tersayang.
“Terima kasih banyak suami, terima kasih rajin buat surprise walaupn selalu pesan tak nak. Terima kasih mak abah adik pun datang surprise. Terima kasih anak, terima kasih sahabat2 baik mummy, terima kasih orang kuat kesayangan mummy, terima kasih @normey.hq & semuanyalah.. semoga segala doa yang baik2 juga berbalik pada tuan empunya doa.”




Semoga Memey kekal bahagia dan ceria bersama keluarga, serta sukses sebagai usahawan.
Untuk info, selama 13 tahun berkahwin Memey Suhaiza dan Norman Hakim kini bahagia di samping tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.


Pasangan ini ligat menguruskan bisnes hijab bersama-sam iaitu yang dikenali sebagai Normey.
Kredit Foto: Instagram Memey Suhaiza
Download seeNI sekarang!

Kanser payudara merupakan pembunuh utama bagi kaum wanita. Kebanyakan wanita menghidap kanser payudara pada usia kurang dari 50 tahun. Ini bermakna kanser ini boleh terkena pada sesiapa sahaja.


Risiko kanser payudara seperti faktor kekeluargaan dan genetik memang tidak boleh diubah. Tetapi, anda boleh menjaga serta memperbaiki gaya hidup anda untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan kanser payudara.
Ini 7 perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan risiko kanser payudara.


1. Lakukan Pemeriksaan
Pemeriksaan payudara sendiri secara rutin merupakan kunci utama untuk mengesan kehadiran kanser ini. Hanya anda sahaja yang tahu perubahan bentuk payudara anda.
2. Makan Makanan Yang Sihat
Mengamalkan pola pemakanan yang sihat merupakan salah satu cara untuk mengurangkan terkena risiko kanser payudara.
3. Kawal Berat Badan
Kajian menunjukkan wanita yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding gadis yang mempunyai berat badan normal. Jadi, kawal berat badan anda ya.
4. Aktif Bersenam
Dengan melakukan aktiviti yang menyihatkan, anda tentu mampu mengawal kenaikan berat badan. Jadi, luangkan sedikit waktu untuk bersenam okay. Sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah jogging, berbasikal atau berjalan laju.
5. Berhenti Merokok
Sudah banyak kajian menunjukkan bahawa berhenti merokok adalah cara paling mudah untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan termasuklah mencegah risiko terkena penyakit kanser.
6. Hindari Paparan Radiasi
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa asap kenderaan, penggunaan peralatan kesihatan seperti CT Scan boleh menyebabkan kanser.
7. Terapi Hormon
Jika anda melakukan terapi hormon selama lebih daripada tiga hingga lima tahun, ia boleh meningkatkan risiko terkena kanser. Jika anda menggunakan terapi hormon untuk mengatasi masalah menopause, lebih baik anda tanyakan dahulu pada doktor.
TANDA KANSER PAYUDARA


- Gejala utama tentunya dengan kehadiran ketumbuhan, lelehan cecair daripada puting dan rasa sakit serta tidak selesa di sekitar payudara.
- Terdapat lelehan yang keluar daripada puting. Kadangkala mengandungi darah dan berair serta datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
- Ruam pada bahagian payudara dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam pada puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat ekzema.
- Ketumbuhan merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan ada pada sebelah payudara sahaja. Ia keras dan pejal.
- Sekiranya kanser ini telah melarat dan sudah berada di peringkat berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan payudara. Bentuk dan saiz payudara akan berubah. Terdapat bentuk lekuk pada kulit dan tekstunya seperti kulit buah oren.
Download seeNI sekarang!

Baru-baru ini, heboh di media sosial tentang pemergian seorang guru, Noor Baiti Murad berusia 51 tahun yang dikatakan meninggal dunia berpunca daripada Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV). Walau bagaimanapun, suaminya menafikan fakta tersebut dan berkata isterinya meninggal dunia akibat penyakit meningitis.


Menurutnya, arwah isterinya menunjukkan gejala penyakit tersebut seminggu selepas mereka berdua pulang dari mengerjakan umrah. Arwah isterinya juga ada mengadu sakit pada bahagian leher hingga tidak mampu gerakkan anggota badan. Dalam masa yang sama, arwah turut mengalami demam panas.
Apa pun, Hijabista ucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah dan semoga tergolong dalam golongan orang yang beriman, insyaAllah.
Sedikit sebanyak, Hijabista sendiri tertanya-tanya apakah itu meningitis dan apakah tanda-tanda gejala penyakit itu? Meningitis merupakan satu penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.


Penyakit ini hadir disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Kebanyakan penyakit ini terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur.
Cara Jangkitan
Penyakit meningitis boleh berjangkit secara terus melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang telah dijangkiti penyakit itu.
Tanda & Gejala
- Demam
- Sakit kepala yang teruk
- Muntah
- Loya-loya
- Mata terasa sensitif apabila melihat cahaya
- Tegang atau sakit tengkuk
- Sawan
- Ruam pada badan
- Pening dan kebingungan
- Tidak sedarkan diri


Komplikasi
Pesakit perlu mendapatkan rawatan yang sempurna kerana jika tidak, anda mungkin mengalami masalam sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau berdepan dengan kematian.
Rawatan
Jika anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit ini, segera jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik dan penyakit ini boleh dicegah melalui suntikan pelalian.
Sumber: Berita Harian Online & MyHEALTH
Download seeNI sekarang!

Setiap pagi kita bangun, cuaca ketika itu kelihatan sejuk, nak lagi pula kita baru sahaja selesai mandi. Sudah tentu hidung ini akan bersin kesejukan. Tetapi adakah anda tahu di kala cuaca panas sekalipun hidung boleh berair dan selalu bersin?
Jika anda alami situasi seperti ini–anda bukan keseorangan! Ramai juga yang menghadapi masalah ini, namun, apakah punca ia berlaku?
Bersin dan hidung berair tak kira panas atau sejuk


Tanggapan kebanyakan orang hanya tertumpu pada cuaca sejuk sahaja bila di soalkan mengenai hidung berair dan kerap bersin. Namun, terkena jangkitan selsema ini bukan sahaja tertumpu pada cuaca malah pada bila-bila masa ia hendak terjadi.
Apabila kita soalkan mengenai cuaca panas, virus sudah mula merebak dan menjangkiti kita tanpa kira soal cuaca. Seperti jua penyakit-penyakit lain yang boleh tersebar kepada individu lain terutama sekali mereka yang ada kontak rapat.
Banyak cara yang boleh menyebabkan penyebaran virus seperti bersin, batuk, atau juga bersentuhan. Jadi tidak kira aspek cuaca panas atau sejuk, kedua-duanya akan memberikan satu simptom yang sama. Demam dan selsema pada cuaca sejuk boleh di sebabkan oleh jangkitan 200 virus yang berbeza!
Artikel berkaitan: Elak Jangkitan Selsema & Kuatkan Imun Sistem, Ini Pilihan Susu Terbaik Yang Harus Anda Cuba!
Berapa keadaan ini akan berterusan?
Kondisi demam atau selsema ketika cuaca panas bukanlah lain dari demam ketika cuaca sejuk. Ianya sama sahaja kerana demam sewaktu musim panas akan kekal selama 10 hari. Simptom yang ada juga akan berada sekitar hari ke-7. Simptomnya adalah seperti:
- Demam pada takat suhu 38 darjah selsius atau lebih
- Sakit-sakit badan
- Rasa lemah dan lesu
- Tekak kering
- Sering pening kepala
- Kerap bersin
- Sukar tidur
- Tiada selera makan
- Cirit birit
Cara-cara untuk atasi masalah kekerapan demam dan selsema


Seperti mana yang kami terangkan, demam atau selsema ketika musim panas tidak ada beza dengan waktu sejuk. Jadi demikian cara untuk atasi masalah penyakit ini adalah sama sahaja seperti demam biasa, anda boleh mulakan dengan cara pertama iaitu:
- Rehat secukupnya: dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Duduk sahaja di rumah dan jangan keluar supaya ia tidak menjangkiti orang lain.
- Minum air dengan banyak: anda perlu dapatkan kadar minuman yang mencukupi supaya anda tidak dehidrasi. Minum minuman panas seperti teh untuk melegakan simptom.
- Guna herba atau ubat tradisional: terdapat jua penggunaan herba dan ubatan tradisional yang membantu dalam merawat demam.
- Pasang penapis udara atau air humidifier: ianya sedikit sebanyak dapat membantu dalam pengurangan simptom seperti hidung berair, hidung tersumbat, sakit tekak dan juga batuk.
Anda perlu tahu saat ini yang demam dan selsema boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu. Jadi pastikan anda jaga kesihatan diri, tetap hidrasi dan jaga penjarakkan anda dengan mereka yang kurang sihat. Dapatkan rawatan doktor jika demam masih berlarutan.
Sumber info: Hellodoktor
Artikel berkaitan: Elak Jangkitan Selsema Ketika Musim Hujan, Pakar Syorkan 6 Vitamin Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!




