Terima ucapan tahniah, Nad Zainal selamat bersalin anak kedua semalam?

Menerusi Instagram pelakon terkenal, Nad Zainal sejak pagi tadi, banyak video yang dikongsikan di IG story memperlihatkannya seakan sudah bersalin anak kedua di Hospital Naluri.

Hal ini susulan ucapan tahniah yang diterima tak henti-henti daripada rakan-rakan serta peminatnya yang direpost kembali di ruangan IG story.

Difahamkan, Nad Zainal sudahpun bersalin anak keduanya semalam iaitu pada 30 Mac 2021 menerusi daripada ucapan yang diterima olehnya.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini juga sempat berkongsi momen semasa memasuki ruangannya sebelum bersalin dan meninggalkan kapsyen ‘Sambut Orang Baru’ di Instagram.

Nad Zainal juga turut berkongsi video dirinya memegang bayi namun tidak didedahkan lagi jantinanya.

Untuk rekod, Nad Zainal dan suami, Muhammad Faliq Amirudin telah melangsungkan pernikahan pada tahun 2015 dan menimang cahaya mata pertama bernama Fahad Ibrahim setahun selepas itu.

Sumber: Nad Zainal