‘TFC bermain teruk’

‘TFC bermain teruk’

Pemain TFC, Adisak Kraison (dua dari kiri) menjaringkan gol semasa menentang pasukan Stallion Laguna FC pada aksi Kumpulan G Piala AFC 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak. – Foto Bernama

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui pasukannya bermain dengan teruk ketika hanya mampu seri 2-2 dengan kelab Filipina, Stallion Laguna FC dalam aksi Kumpulan G Piala AFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Khamis.

Menurut Steinbruckner, dia kecewa dengan persembahan yang dipamerkan para pemainnya yang melakukan banyak kesilapan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Apa yang bagus tentang perlawanan ini adalah kami mendapat satu mata. Itu sahaja. Mata adalah mata, tetapi kami bermain teruk sepanjang perlawanan.

“Kami tidak berada pada tahap yang terbaik, agak perlahan dan terlalu banyak kesilapan teknikal dalam hantaran dan membuat keputusan.

Scroll to Top