“Tiada Majlis Pertunangan, Mereka Pilih Bercinta Selepas Nikah” – Pengurus

“Tiada Majlis Pertunangan, Mereka Pilih Bercinta Selepas Nikah” – Pengurus

Pengumuman pada Isnin lalu mengejutkan ramai apabila Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman mengumumkan majlis pernikahan mereka yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Berita tersebut sekaligus mengejutkan ramai yang tertanya-tanya mengenai hubungan mereka sama ada berlangsung majlis pertunangan atau tidak.

BACA: Detik Perkenalan Fattah, Amira Bermula Di Konsert Siti Nurhaliza

Menerusi temu bual bersama Melodi, pengurus kepada Fattah iaitu Sakirin Aca berkata pasangan itu tidak melalui fasa pertunangan dan aktor itu memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

“Mereka tiada majlis pertunangan dan nak kata mereka bercinta pun tidak sangat. Mungkin Fattah lebih matang dan Amira pun begitu.

“Jadi mereka berdua melihat tujuan yang kehadapan. Banyak kali saya tanya kepada Fattah tentang cinta dan jawapannya, ‘aku rasa aku lebih memilih untuk bercinta selepas kahwin.’

“Dia dah banyak lalui fasa-fasa terendah dan dia selalu cakap, ‘siapa pun yang hadir dalam hidup kita ini bukanlah satu bala atau sebagainya tetapi ia adalah pengajaran untuk kita belajar menjadi yang lebih baik.’” katanya.

Sementara itu, Aca berkata Amira memilih tarikh 14 September 2025 melangsungkan hari bahagianya sebagai hadiah buat Fattah sempena hari lahir aktor berkenaan.

“14 September adalah hari lahir Fattah. Sebenarnya, Amira yang memilih tarikh itu sebagai hadiah untuk Fattah,” katanya.

Sumber: Melodi


Scroll to Top