Tiga parah, seorang cedera ringan kereta terbabas

Tiga parah, seorang cedera ringan kereta terbabas

mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Tiga parah dan seorang cedera ringan selepas kereta Nissan Grand Livina dinaiki mereka terbabas di Lebuh Raya Persekutuan sebelum persimpangan Templer di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.35 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki empat individu membabitkan dua lelaki dan dua wanita berusia 20-an, terbabas sendiri.

“Seorang wanita mengalami kecederaan ringan manakala yang lain parah. Dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala dua lagi diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top