ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Peringkat ketiga, keempat dan kelima dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka menjadi cabaran paling getir bagi pelumba skuad kebangsaan.
Ketua jurulatih, Mohd Yusof Nasir memberi amaran pelumba perlu menghadapi tiga hari berturut-turut dengan pendakian mencabar apabila memerlukan ketahanan tinggi dan proses pemulihan yang cepat.
“Cabaran terbesar pasti di peringkat ketiga hingga kelima. Peringkat ketiga dari Taiping ke Cameron Highlands, diikuti Kuala Kubu Bharu ke Bentong, dan terakhir dari Kuala Lumpur ke Melaka.
“Peringkat ketiga menawarkan tiga pendakian kategori 3 termasuk pendakian kategori 1 di Kampung Raja dan kategori Hors di Brinchang.
“Peringkat keempat pula membabitkan pendakian kategori 1 di GAP, manakala peringkat kelima menawarkan pendakian kategori 2 di Bukit Ampang dan Bukit Hantu.
“Ketiga-tiga hari berikut amat mencabar. Kami bimbang pelumba tidak dapat pulih dengan baik,” tambahnya.
Di samping itu, peringkat ketujuh yang akan membawa pelumba dari Johor ke Miri, Sarawak, diakui akan menjadi sukar tanpa hari rehat.
Katanya, selepas transit, mereka perlu berkayuh sejauh 200 kilometer (km) keesokan harinya dan itu antara yang paling mencabar.
Yusof yang juga bekas pelumba kebangsaan berkatam semua pelumba dimaklumkan untuk memberikan yang terbaik.
Katanya, dari peringkat pertama di Langkawi, mereka akan terus memberikan segala-galanya dan perlu berusaha untuk memastikan pasukan berada dalam kelompok tiga teratas Asia.
LTdL 2024 akan bermula di Pulau Langkawi, Ahad ini dan berakhir di Bintulu, Sarawak, pada 6 Oktober.
© New Straits Times Press (M) Bhd




