TLDM bina pangkalan di Kuantan

TLDM bina pangkalan di Kuantan

Pada 30 Jun 1974, Utusan Malaysia melaporkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal membina sebuah lagi pangkalannya di Kuantan.

Rancangan itu dibuat memandangkan aktiviti di lautan yang makin bertambah di kawasan latihan gerakan di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta penyelarasan rondaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Pangkalan itu juga akan digunakan sebagai tempat persinggahan bagi kapal-kapal TLDM yang bertugas ke Sabah dan Sarawak.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 Jun 1972 – Sri Lanka diberi penghormatan untuk menentang Malaysia dalam perlawanan pembukaan Pesta Bola Merdeka Ke-16 yang akan bermula pada 12 Julai di Stadium Merdeka.
  • 30 Jun 1975 – Sebuah pusat pemulihan penagih dadah berharga RM2.2 juta akan dibina di Kajang tidak lama lagi.
  • 30 Jun 1976 – Pelakon dan penerbit filem terkenal British, Stanley Baker, 48, meninggal dunia di Klinik Carlos Haya, Sepanyol
    akibat kesukaran bernafas.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Scroll to Top