Tren K-Beauty Guna Sperma Salmon Untuk Kulit Cantik? Kim Go-Eun Turut Pakai Produk Ini – Hijabista

Tren K-Beauty kini mengejutkan lagi ramai orang dengan penggunaan bahan kecantikan baru bagi mendapat kulit yang anjal dan sihat–sperma Salmon kini tular sebagai bahan utama untuk kesihatan kulit wajah!

Sudah tentu ramai yang merasakn jijik dan pelik apabila mendengar bahan utama adalah sperma salmon! Ramai selebriti seperti Doja Cat, Kim Go-Eun, juga Joo Hyung yang menggunakan produk kecantikan berasakan bahan ini untuk kesihatan kulit yang cantik!

Guna sperma salmon untuk cantik?!

Sumber gambar dari Tweak Town

Jika terdahulu tren K-Beauty telah tular  dengan penggunaan snail mucin iaitu lendir semula jadi datang dari siput. Kini tidak hairan juga jika penggunaan yang lebih ekstrem iaitu dengan menggunakan sperma!

Tetapi ia bukan sperma dari manusia bahkan seperti yang anda tahu bahan kecantikan ini di perbuat dari sperma ikan salmon. Penggunaan sperma ikan salmon di atas kulit wajah kedengaran agak menjijikkan. Menurut Diva, terdapat kajian yang di lakukan oleh para penyelidik mendapati sperma salmon ini kaya dengan pelbagai kebaikan untuk wajah.

Sperma salmon juga di kuatkan dengan keberkesanannya yang dapat meningkatkan keanjalan kulit dan tahap kolagen. Seperti yang kita tahu, semakin kita berumur, tahap pengeluaran kolagen semakin berkurang dengan itu ia sangat penting bagi mengekalkan dan mengelakkan dari proses penuaan berlaku.

Bahan ini di kenali sebagai Salmon pdrn (polydeoxyribonucleotides) atau DNA sperma sering di dapati melalui ikan Salmon Trout atau Salmon Chum yang ia hanya berfungsi untuk membekalkan protein tertentu juga menggalakkan penyembuhan luka.

Artikel berkaitan: “Jello Skin” Trend K-Beauty Paling Legit, Hasilnya Wajah Berseri Gebu Gebas

Mengapa perlu guna sperma dari testis?

Kenna Whitnel, seorang ahli biokimia dan saintis di Amerika Utara, testis salmon merupakan kawasan yang mengandungi jumlah DNA yang sangat tinggi. Penting bagi proses pengekstrakan untuk mendapatkan sperma salmon ini kerana ia lebih mudah dan jimat kos.

Kebaikan sperma salmon pdrn ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit yang rosak dan kering. Oleh kerana keupayaannya yang boleh memulihkan keanjalan kulit, membaiki moisture barrier, dan kurangkan keradangan, ia sangat bagus dan di sarankan untuk menggunakannya!

Ini antara produk yang mengandungi bahan ini, seperti:

Tren K-Beauty Guna Sperma Salmon Untuk Kulit Cantik? Kim Go-Eun Turut Pakai Produk Ini

KAHI Wrinkle Bounce Multi Balm: Rawatan penjagaan kedutan muka

Ini merupakan salah satu produk yang menjadi bualan ramai apabila aktres pelakon korea Kim Go-Eun dan juga penyanyi di Amerika syarikat, Doja Cat, apabila mereka menggunakan produk ini. Ia berkebolehan untuk merawat kedutan dan memberikan kelembapan pada kulit.

Jadi apa yang anda perlu lakukan sekarang? Sis rasa anda boleh sahaja cuba untuk menggunakan produk ini dan lihat keberkesanannya. Bahan yang unik ini tidak sesuai buat semua jenis kulit jadi anda kena pastikan untuk lakukan patch test terlebih dahulu!

Sumber info: Diva

Artikel berkaitan: Kulit Cantik Berseri Hanya Dengan 5 Trend Kecantikan K-Beauty Terbaik 2022

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Leave a Comment