WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan pemimpin Eropah selepas pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin bahawa beliau berhasrat mengadakan sidang kemuncak tiga hala bersama Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky seawal 22 Ogos, menurut portal media dalam talian AS, Axios pada Sabtu, lapor Xinhua.
Sementara itu, Zelensky dalam satu hantaran di platform X pada Sabtu berkata beliau akan bertemu Trump di Washington pada Isnin.
Menurut Axios, Trump turut menjemput pemimpin Eropah menyertai mesyuarat di Rumah Putih pada Isnin.
Canselor Jerman Friedrich Merz pada Sabtu berkata sidang kemuncak tiga hala dijangka menyusuli pertemuan antara Zelensky dan Trump pada Isnin.
Setakat ini pihak Rusia belum membuat sebarang komitmen terbuka berhubung sidang kemuncak tiga hala itu. – Bernama
Â
Â
Â