Tular Babak Kasar Dengan Wan Maimunah, Izreen Azminda Akui Setiap Kali Habis ‘Shoot’ Terus Minta Ampun

Tular Babak Kasar Dengan Wan Maimunah, Izreen Azminda Akui Setiap Kali Habis ‘Shoot’ Terus Minta Ampun

Pelakon, Izreen Azminda meraih perhatian ramai selepas beberapa video rakaman babak lakonannya bersama pelakon veteran, Wan Maimunah tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam memuat naik sedutan adegan yang memaparkan aksi kasar terhadap Wan Maimunah ketika menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, jelas Izreen, setiap babak dilakukan atas tuntutan skrip dan dia tidak pernah culas untuk memohon maaf sejurus penggambaran tamat.

“Setiap kali lepas ‘shoot’, saya akan minta ampun dan minta maaf kepada ibu Wan Maimunah. Saya takut ibu sakit.

“Kalau tak buat betul-betul nanti saya pula kena marah. Ibu Wan Maimunah sendiri yang minta saya ‘all out’, baru dia rasa energi yang sama,” katanya.

Izreen turut mengakui kagum dengan komitmen dan profesionalisme aktres berpengalaman itu.

“Tapi ibu memang ‘power’. Kalau berlakon dengan ibu, saya boleh terus tenggelam tanpa noktah,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kedua-dua pelakon itu yang disifatkan cukup profesional serta berjaya menghidupkan watak dengan penuh penghayatan.

@ayiennn85

Setiap kali lepas shoot.. kakak mintak ampun mintak maaf pada ibu Wan Maimunah.. kakak takut ibu sakit.. penyudah kakak kena marah dik.. kalau kakak tak hempuk betol2😅.. ibu yg mintak kakak all out.. baru dia akan rasa energy yg sama.. tp ibu mmg power… kakak terus tenggelam tanpa noktah kalau dgn ibu..🫢

♬ Untuk Mu Ibu – Album Version – Exist

Scroll to Top