Video kemesraan antara anak selebriti, Bella Astillah, Ayden Adrean dengan ibu tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz nyata telah membuatkan ramai peminat terharu.
Seronok tengok Ayden bergurau dengan Sharifah Mahani
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, dapat dilihat Ayden dan Sharifah Mahani sempat bergurau sewaktu menulis sesuatu di sekeping kertas sewaktu mereka sama-sama bercuti di Jepun.
Sebak tengok mereka begitu rapat
Momen berkenaan pastinya menuai pelbagai komen daripada netizen di media sosial apabila meluahkan rasa syukur apabila anak-anak Bella Astillah dilayan cukup baik oleh keluarga bakal suami.

Mereka yang ketawa kenapa kita yang gembira

Video dirakam oleh ibu Bella Astillah

Difahamkan, keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa mereka sedang menikmati percutian di Tokyo Jepun.
Momen-momen bahagia mereka juga dikongsikan di media sosial dan membuatkan para peminat tersenyum tumpang bahagia dengan keakraban mereka.
Sumber: Thread nurrazie131




