Turut jadi mangsa banjir, MB Kedah dan keluarga terpaksa berpindah

Turut jadi mangsa banjir, MB Kedah dan keluarga terpaksa berpindah

MB Kedah dan keluarga terpaksa berpindah seleps kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon turut dinaiki air.

Menerusi hantaran yang dibuat Pegawai Khas MB Kedah, Helmi Khalid, dapat dilihat  Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan ahli keluarga mengharungi air bah dengan membawa beg pakaian untuk berpindah.

MB Kedah dan keluarga

MB Kedah dan keluarga bawa beg & keperluan untuk berpindah

Beliau juga dilihat mendukung anaknya ke tempat yang lebih tinggi sebelum kembali ke dalam kediaman bagi membawa keluar keperluan-keperluan penting bersama ahli keluarga yang lain.

MB Kedah dan keluarga pindah, air banjir sudah paras lutut

Difahamkan Seri Mentaloon yang terletak di Alor Setar sudah dinaiki air sejak pagi tadi selepas air naik begitu cepat memandangkan kawasan-kawasan disekitarnya juga sudah mulai dinaiki air sejak dua hari yang lalu.

Menerusi laporan dari Sinar Harian, lebih daripada 5,000 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Alor Setar menjadi daerah kelima terjejas disebabkan banjir.

Artikel lain: Degil enggan berpindah, bayi lemas terjatuh dalam banjir ketika ibu tidur

Ujian buat kita semua

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa banjir kali ini tidak hanya dialami oleh rakyat malahan orang kenamaan juga merasai sama.

Mereka juga meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mempolitik bencana alam ini memandangkan ramai mangsa yang sedang berada dalam keadaan memerlukan susulan banjir yang dikatakan lebih buruk dari tahun 2014 terutamanya di Pantai Timur.

Harap bencana alam macam ni tidak dipolitikkan

Semoga urusan semua dipermudah

Hati2 semua ketika musim banjir macam ni

 

Setakat ini, daerah Kubang Pasu masih menjadi daerah paling terkesan dengan jumlah seramai 2,345 orang di 16 PPS ik (1,062 orang, lapan PPS), Kota Setar (949 orang, 11 PPS), Padang Terap (512 orang, 10 PPS), Pokok Sena (361 orang, empat PPS) dan Kuala Muda (180 orang, dua PPS).

Sumber: TikTok helmikhalid

Scroll to Top