SYARIKAT telekomunikasi U Mobile memperkenalkan beberapa pelan pascabayar sedia 5G serba baharu U Postpaid 98 dan U Postpaid 68 yang direka khusus untuk menawarkan pelanggan ciri menyeluruh bertujuan memenuhi keperluan ketersambungan dan gaya hidup.
Kedua-dua pelan baharu ini akan menyertai pelan U Postpaid 38 yang diperkenalkan pada Mac tahun ini, untuk membentuk barisan pelan pascabayar sedia 5G U Mobile yang komprehensif.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile Navin Manian, barisan pelan pascabayar sedia 5G baharu ini membuktikan perubahan ketara dalam pendekatan U Mobile dalam memenuhi keperluan pengguna yang kian berubah.
Pelan-pelan baharu ini juga lengkap daripada aspek perkhidmatan, dengan semua data berkelajuan tinggi yang diperlukan, harga berpatutan dan akses yang mudah serta ketersediaan 5G akan membantu memenuhi keperluan keseluruhan keluarga, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sukar.
Menariknya, pelan baharu ini turut menawarkan 1,000GB (1TB) data berkelajuan tinggi dan kemudahan panggilan tempatan tanpa had dikongsikan bersama enam ahli keluarga menerusi talian tambahan U FamilyShare serendah RM38.
Kedua-dua pelan pascabayar baharu ini sedia untuk memenuhi keinginan melancong rakyat Malaysia kerana U Mobile menawarkan data perantauan 15GB percuma setiap bulan di 63 destinasi, termasuk lokasi popular seperti UK, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Portugal, Turki, Thailand dan Singapura.
Selain data perantauan percuma, pelanggan juga akan menikmati panggilan masuk perantauan percuma dari mana-mana 63 destinasi tersebut apabila berada di luar negara!
Pelan U Postpaid 38, 68, dan 98

U Postpaid 38 ialah pelan tersedia 5G yang menyasarkan pengguna cenderung kepada pelan yang dapat memenuhi keperluan data internet harian mereka.
Pelan ini ditawarkan pada harga RM38 sebulan dan menyediakan data pantas 30GB tanpa batasan dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Pelan U Postpaid 68 sesuai untuk individu yang inginkan nilai terbaik dengan harga RM68 sebulan, pelanggan akan menerima kuota 100GB data berkelajuan tinggi 4G/sedia 5G dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Pelanggan juga akan menikmati penjimatan unggul untuk peranti 5G baharu sekiranya mereka memadankannya dengan pelan U Postpaid 68 melalui ‘U SaveMore’.
Pengguna pelan U Postpaid 98 pula akan menerima kuota data pantas 1,000GB dan menikmati kemudahan memiliki peranti 5G baharu apabila mereka memadankan U Postpaid 98 dengan skim U PayLater (0% pakej ansuran).

Untuk maklumat lanjut tentang semua pelan ini, layari U Mobile.
© New Straits Times Press (M) Bhd




