Pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 Separuh Akhir membuka tirai malam ini dengan kejutan apabila penyanyi Umairah tampil menggantikan Amira Othman untuk menyampaikan lagu Rasa & Takdir ciptaan se
Lagu yang asalnya dipersembahkan oleh Amira bersama Irfan Haris itu kekal dipertandingkan seperti biasa, namun perubahan penyanyi mencuri perhatian peminat yang mengikuti malam pertama saingan.
Dengan tema Generasi Selamanya Juara, pentas separuh akhir kali ini menyaksikan 20 karya terbaik bersaing sengit untuk merebut tempat ke pentas akhir. Setiap lagu dinilai secara menyeluruh melibatkan kekuatan vokal, kualiti muzik serta impak persembahan di atas pentas.
Malam pertama menyaksikan barisan lagu popular seperti Hijab Rindu, Pernah Punya Aku, Tangisan Seorang Pendosa dan Kamu dipersembahkan, namun tumpuan terarah kepada Rasa & Takdir susulan perubahan penyanyi saat akhir.
Acara yang dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Sissy Imann itu turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Zaki Yamani dan Ahmad Merrah, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan malam penuh debar tersebut.
AJL40 Separuh Akhir musim ini turut disokong rakan digital seperti XTRA, Seismik dan OHBULAN!, selain rakan radio Hot FM dan Kool FM yang membantu memperluaskan capaian acara merentasi pelbagai platform.
Saingan bakal diteruskan pada malam kedua dengan barisan lagu lain termasuk Nurcinta, Nostalgila dan Lemah, sebelum keputusan lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan.
Saksikan AJL40 Separuh Akhir secara langsung di TV3 atau strim di Tonton.




