‘Underdog’ tahun depan – TMJ

‘Underdog’ tahun depan – TMJ

Komen Tunku Ismail mengenai persiapan JDT pada musim depan. – Foto: Instagram hrhcrownprinceofjohor

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual pada awal Mei.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi komen hantaran perpisahan dengan barisan kejurulatihan termasuk Esteban Solari serta beberapa pemain menerusi laman sosial pada Khamis.

Malah baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi bayangan ramai lagi pemain akan keluar dari kelab susulan langkah penjimatan yang dibuat oleh pasukan.

“Underdog tahun depan. Akan ada ramai lagi yang akan keluar dari club. Process berjimat,” komen Tunku Ismail menerusi komen di Instgram.