United ramai pemain malas – Scholes

United ramai pemain malas – Scholes

Pemain United, Harry Maguire (kiri) cuba memenangi bola ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United. – Foto AFP

BEKAS pemain Manchester United, Paul Scholes menegaskan terdapat ramai pemain yang ‘pemalas’ di Manchester United selepas mereka tewas 0-1 di tangan Newcastle pada Ahad.

Skuad bimbingan Erik ten Hag mengalami kekalahan keenam Liga Perdana Inggeris musim ini di St James’ Park, tumbang menerusi jaringan separuh masa kedua Anthony Gordon apabila dia menyudahkan hantaran lintang Kieran Trippier.

United sebahagian besarnya tidak berfungsi dalam perlawanan itu sehinggalah Rasmus Hojlund dan Antony dimasukkan bagi menggantikan Anthony Martial dan Marcus Rashford.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat mencari gol penyamaan dan Newcastle meraih tiga mata dalam perlawanan itu.