'Usah pandang sebelah mata pasukan UiTM' – Sukri

'Usah pandang sebelah mata pasukan UiTM' – Sukri

Sukan online/print

9 Januari 2025

‘Usah pandang sebelah mata pasukan UiTM’ – Sukri

Malik Muhamad

bhsukan@bh.com.my

sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Tonggak berpengalaman Pasukan Hoki Terengganu (THT), Mohamad Sukri Abdul Mutalib mengingatkan diri dan rakan sepasukannya agar tidak memandang sebelah mata pasukan UiTM HA-KPT.

Dua pasukan itu bakal membuat perhitungan pada aksi ketiga Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Batu Buruk (SHBB), Kuala Terengganu pada petang esok.

“Menentang UiTM pada saya perlawanan itu penting untuk kita kekalkan rentak kemenangan untuk merampas kembali kejuaraan liga pada musim ini.

“Namun ianya bukan tugas mudah, kita perlu berwaspada dan kekal tenang untuk mengutip mata penuh, tapi saya tahu UiTM akan bagi cabaran yang tinggi untuk mengekang kita.

“Satu lagi kita tidak boleh pandang rendah keupayaan pasukan lawan, kita perlu hormat mereka sebab sedar mereka mampu melakar kejutan jika kita leka,” ujar bekas kapten skuad kebangsaan itu ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, pemain yang sudah membuat 351 penampilan bersama skuad kebangsaan itu turut menyeru peminat setia skuad THT dapat membanjiri stadium bagi meningkatkan lagi motivasi pemain.

Berdasarkan kedudukan terkini, skuad yang baharu muncul juara Piala Sumbangsih pada musim ini itu kini gah dipersada liga dengan mengutip enam mata menerusi dua perlawanan.

Selepas pertemuan itu, skuad bimbingan Mohd Harfizi Baharom itu bakal melayani kunjungan TNB Thunderbolts pada 12 Januari dan diikuti Armed Forces HT pada 15 Januari dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di SHBB.

TAMAT

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top