Usahawan kosmetik pakai ‘bodyguard’, siap bantu hulurkan air! – “Seronoknya banyak duit”

Usahawan kosmetik pakai ‘bodyguard’, siap bantu hulurkan air! – “Seronoknya banyak duit”

Setiap usahawan pasti mahukan keselamatan dan penjagaan yang rapi daripada pengawal peribadi ketika berurusan dengan pihak lain demi keselamatan dan perlindungan nyawa sendiri serta keluarga.

Tidak terkecuali, usahawan muda produk minuman kesihatan dari Kelantan iaitu Ayunie turut ‘memasang’ beberapa orang pengawal peribadi bagi melindungi diri serta keluargnya ketika keluar dari rumah.

@ayunieso24

sesuai tak uols kalau yuni pakai bodyguard?? #fyp #foundervitamilk

♬ Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan

Menerusi video yang dimuat naik Ayunie di laman TikToknya, dia sedang duduk di sebuah kerusi sambil meminta air daripada pengawal peribadinya yang berhampiran.

@ayunieso24

Cuba teka best ke tak best ?🤭

♬ original sound – 『𝕸𝖞𝖓𝖆𝖒𝖊•ツM𝓪𝓵𝓿𝓲𝓃𒆜』 – Mal_vin.w

 

Tindakan usahawan itu telah mencetuskan rasa pelik dalam kalangan netizen kerana mereka menyoalkan fungsi sebenar pengawal peribadinya memandangkan tugas sebenar mereka adalah memberi perlindungan dan keselamatan.

Namun, apa yang dilihat oleh netizen, layanan yang diberikan oleh Ayunie kepada pengawal peribadinya seolah-olah seperti orang gaji dan bukan sebagai pengawal peribadi.

Sebelum ini, Ayunie teruk dikecam netizen gara-gara membuat kenyataan berani dengan mendakwa penduduk tempatan di Langkawi tidak pernah melihat kereta mewah Lamborghini di pulau berkenaan.

Sumber: TikTok @ayunieso_

Scroll to Top