Aplikasi-aplikasi di media sosial merupakan wadah untuk berkongsi aktiviti harian kepada orang lain. Pelbagai konten ditemui, baik secara positif mahupun negatif.
Namun begitu, seakan menjadi trend di aplikasi-aplikasi tersebut apabila banyak video-video terutamanya kaum wanita yang melakukan aksi tarian yang kadangkala keterlaluan sehingga menjadi perhatian ramai.
Berasa terpanggil untuk bercakap tentang hal tersebut, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun telah memberikan teguran lembut buat para wanita tidak kisahlah muda ataupun tua supaya menghentikan aktiviti berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, beliau berharap agar mereka dapat memadam atau mengelakkan daripada melakukan tarian-tarian tersebut lebih-lebih lagi jika mendedahkan aurat.
Ustazah Asmah’juga memberi qoute ringkas dengan memaklumkan yang ‘malu itu iman’ merujuk kepada ‘keberanian’ para wanita mendedahkan tarian kepada umum tanpa rasa segan.
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyetujui apa yang diperkatakan oleh pendakwah tersebut.
Mereka juga merasakan sesetengah orang semakin berani bergelek dan berjoget di media sosial mengikut rentak lagu seakan tidak menyedari apa yang dilakukan adalah satu dosa.




Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

