Usul undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak akan berlaku – Ahmad Zahid

Usul undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak akan berlaku – Ahmad Zahid

Bangi: Sebarang usaha mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim akan dipastikan tidak berlaku sekiranya dakwaan mengenai perkara itu benar.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini, pihaknya tidak mendengar bahawa perkara itu akan dilakukan.

“Saya tidak mendengar perkara itu akan dilakukan. Jika benar adapun, saya akan menentukan supaya ia tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran Kali ke-10 di sini, hari ini.

Penafian itu menyusuli laporan media yang memetik sumber mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul itu, dengan keputusan bergantung kepada kelulusan kepimpinan pusat parti.

Sidang DUN Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November selepas ditangguhkan daripada 16 Oktober, bagi menyelaraskannya dengan pembentangan Belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top