Vice Chancellor UPNM Berjumpa dengan Agong mengenai persaraannya

Kuala Lampur: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke majlis menghadap sempena persaraan Leftenan Jeneral Dato’ Haji Abdul Halim Jalal, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Istana Negara, hari Ini.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga selaku Canselor UPNM menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti Leftenan Jeneral Dato’ Haji Abdul Halim kepada UPNM dan negara.
Leftenan Jeneral Dato’ Haji Abdul Halim Jalal yang dilantik sebagai Naib Canselor UPNM pada 15 Mei 2018 akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 18 Disember 2020.

Malay News
National Desk