Tak salah untuk kita semua berhibur bagi menggembirakan hati masing-masing. Lebih seronok jika kita dapat berkumpul dengan rakan-rakan ‘sama kepala’ dan melakukan aktiviti yang kita suka.
Namun begitu, dalam kegembiraan itu, perlu diingati bahawa sekarang adalah dunia teknologi yang semua perkara boleh tular dan menjadi perhatian netizen di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, satu video menunjukkan sekumpulan geng motosikal wanita sedang sakan menari mengikut rentak muzik.
Video mereka menjadi perbualan netizen di ruangan komen selepas satu akaun dikenali sebagai @4teinnnn_01 apabila masing-masing ‘garu kepala’ melihat aksi wanita-wanita tersebut.
@4teinnnn_01 Hakak neon beraksi lagi 😂😂#fypシ #tiktokpelitfyp #fypdongggggggg #rempittiktok #foryoupage #hakakneon
Dapat dilihat juga ‘ikon permotoran’ , Akim Stopa turut ada di tepi sekumpulan wanita terbabit yang dilihat sedang ‘digoda’ oleh mereka untuk menari sama.
Ternyata aksi mereka tidak disenangi oleh banyak pihak apabila ada akaun Facebook yang memuat naik semula video terbabit.
Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok @4teinnnn_01, rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang seakan ‘lupa diri’ menari tanpa menjaga batas sebagai seorang wanita.
Walaupun dalam konteks berhibur, namun sebagai wanita seharusnya mereka menjaga tingkah laku lebih-lebih lagi aksi mereka dirakam dan ditonton oleh ramai orang di kawasan tersebut.






Mungkin mereka sekadar berhibur untuk memeriahkan program. Namun sebagai wanita, seharusnya lebih menjaga adab sopan di khalayak ramai kerana boleh menjatuhkan fitnah kepada yang melihat.
Sumber: TikTok @4teinnnn_01, Facebook Erin Rxz Ohh Rxz II





